BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum mujahid and mujahidah..
hari ni paling bermakna buat saya..
today is my 1st day wearing purdah or niqab..
rasa protcted sgt bila pakai..
alhamdulillah..Allah gerakkan hati saya sebelum terlambat..

saya petik sedikit ayat dari kak ainun :


Saya memakai purdah bukan kerana saya cantik atau merasa diri cantik.  Jauh sekali.  Saya hanya gadis Melayu biasa-biasa.
Namun…ahh… ramai lelaki atau perempuan sendiri menganggap wanita berpurdah ini kerana dia cantik atau merasa diri cantik.  Hakikatnya bukan semua begitu.  Cantik itu subjektif sifatnya.  Ia bergantung pada mata yang memandang dan citarasa seseorang yang Allah jadikan tidak sama.  Implikasi persepsi tersebut, bila mereka berpeluang melihat wajah wanita berpurdah dan didapati tidak secantik yang dibayangkan, mereka mula mengutuk atau hati mereka mula didatangi mazmumah mengeji wanita itu.  Salah mereka sendiri.  Tidak ada siapa yang suruh kita bayangkan apa-apa yang sudah disembunyikan.  Ia juga satu khayalan sia-sia yang tidak akan menambah pahala.  Sebaliknya menambah dosa mengeji kejadian Allah yang tidak dapat diubah yakni wajah.
Alllah menilai hati dan akhlak.  Jika kita menilai bukan menurut neraca Allah, kita sengaja mengundang murkaNya.  Na’uzubillah.  Bagi wanita yang tidak cantik, usahlah bersedih.  Allah buka peluang untuk kita memburu syurgaNya dengan agama yang mampu diusahakan, bukan dengan rupa paras yang sudah ditetapkan oleh Allah.  Pedulikan nilaian mereka yang negatif kerana syurga itu bukan milik mereka.
Mereka juga tidak mampu memberi bahagia atau derita walau sebesar zarah tanpa izin Allah swt.  Marilah kita make-up wajah kita di akhirat dengan mengamalkan agama sepenuhnya di dunia ini, dengan izin Allah jua.   Kelak kita akan lihat, siapakah yang cantik dan siapakah yang buruk di akhirat sana.  Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.


alhamdulillah hijrah saya ini bersama sahabat saya sndri, liyana syifaa :)



thanks sudi baca ! like skali yer :D